Monday, 9 September 2024

Tawakal


Setiap kali kita kehilangan sesuatu, yakinlah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Setiap satu pintu yang tertutup, adalah asbab ada pintu lain akan terbuka.

Setiap kali satu jalan tersekat, percayalah, ia hanyalah sesuatu yang biasa dalam sesebuah perjalanan.

Kadang-kadang Allah bukakan sekatan, kadang-kadang Allah lencongkan kita ke destinasi berbeza.

Kita ini hanya layang-layang. Allah yang pegang talinya.

Susah, mahupun senang, Ya Allah, jadikanlah agar aku semakin dekat pada-Mu. Redhokan aku ya Allah.

Tukarkan air mata ku, menjadi air mata yang mengalir kerana-Mu. Ke mana pun Engkau hantar aku, aku ikut.

============================

"Siapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allahlah yang menuntaskan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah membuat ketentuan bagi setiap sesuatu".

Surah At Talaq Ayat 3

============================

Gambar : 3 Januari 2024, hari di mana aku melangkah meninggalkan semuanya di tanah air, untuk mencari ilmu, mencari diri, mencari Dia.

Audit Diri



Where do you see yourself, 5 years from now?

Anda pasti pernah ditanya soalan ini kan? Terutama yang pernah menghadiri sesi temuduga untuk memohon pekerjaan.

Apabila soalan ini diajukan kepada anda, anda sebenarnya sedang dinilai.

Pihak yang bertanya akan mendapat banyak maklumat tentang keperibadian seseorang, waima cara berfikir, potensi dan banyak lagi.

Saya sangat bersyukur kerana Allah hadirkan soalan itu ketika ia amat diperlukan pada fasa kehidupan saya ketika ini.

Terima kasih Allah kerana sentiasa menghadirkan petunjuk.

Saturday, 7 September 2024

Mencari Ilmu, Mencari Diri, Mengenal Tuhan


Ada 3 kursus yang saya ikuti ketika ini.

1. Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)  -online selama 3 bulan (27 Julai - 11 Oktober 2024. Akan ada peperiksaan bertulis untuk tujuan pentauliahan.

2. Kem Mutawwif Integrasi Haramain 2.0 di Mekah dan Madinah (9  - 20 September 2024). Akan ada majlis konvokesyen bagi mutawwif/mutawwifah yang berjaya mengikuti kem mutawwif dengan sempurna.

3. Kursus Asas Penulisan (5 - 15 September 2024). Masih dalam bimbingan.

Sambil2 tu saya bekerja sebagai mutawwifah dan terapis akupresur/bekam secara sambilan untuk menampung kehidupan di Mekah. 

Sejak sampai mekah pada 19 Ogos 2024 lepas, kami tidak ada tempat tinggal tetap. Rumah yang disewa ada masalah letrik dan air. Sementara tuan rumah menguruskan hal-hal berkaitan, kami berkongsi untuk menyewa bilik hotel dengan 4 katil. 

Dalam masa sebulan, kami telah berpindah 3 kali. Kali pertama, kami tumpang kediaman tuan rumah beberapa hari. Kemudian berpindah ke Osturat Emaar Hotel, Mahbas Jin. Sekarang, kami menginap di Luluat Al Mashaer, Kakkiyah.

Susah senang hidup di perantauan, tidak terbandingkan dengan betapa besarnya rahmat yang Allah beri. Peluang berada di kota yang penuh barokah ini. Tiada siapa akan berada di tanah suci, jika bukan dengan panggilan Allah. 

Alhamdulillah.

Segala puji hanya milik Allah.

Friday, 6 September 2024

Ziarah, Umrah dan Bekam

 


Jadual mulai terisi.

Pagi, menyambut pelawaan murabbi Ustaz Abdullaah Feisal untuk menyertai beliau menyantuni jemaah-jemaah Shafie Travel dari Singapore. Tujuannya adalah supaya anak-anak murid boleh belajar. 

Ziarah dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kata murabbi, satu ketika dulu dia juga bermula dari bawah, sehinggalah kini mampu menyampaikan sirah dalam bahasa Inggeris dengan baik. Kata-kata murabbi membangkitkan semangat dalam diri, agar tidak merasa down dengan kelemahan dan kekurangan diri. Kata pepatah, belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. 

Selepas ziarah Manasik Haji ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina, bas terus menuju ke Ji'ranah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah sunat, boleh bermiqat di sana. Saya juga mengambil kesempatan untuk bermiqat, agar dapat mengikuti rombongan umrah yang dipimpin oleh murabbi selepas Zuhur.

Selesai tawaf, sebuah keluarga meminta agar ada mutawwif yang boleh temankan mereka laksanakan saie dengan kereta buggy. Setelah diizinkan guru, saya bersama-sama keluarga tersebut pun menaiki lif ke tingkat 6, untuk mengerjakan saie. 

Usai mengerjakan umrah sunat, saya bergegas kembali ke penginapan. Mandi, tukar pakaian, dan bersiap untuk khidmat bekam pula. Pelanggan kali ini adalah repeat customer, orang Arab. 

Jam 11 malam baru selesai tugas. Alhamdulillah. Penat, namun hati senang merasa bermanfaat.

Guru yang Baik, Mengingatkan Kita kepada Tuhan

Ada pelukis yang hebat-hebat, mereka mampu lukis ilustrasi yang hebat lagi cantik.

Namun mereka tidak memilih bidang ilustrasi buku kanak-kanak.

Bidang ini kerjanya leceh.

Prosesnya lama, bayarannya tipis dan ambil masa lama pula untuk diperolehi.

Ia sangat tidak memadai untuk "make ends meet".

Royalti 10% - 14%, berkongsi 50-50 dengan penulis.

Melainkan seseorang artis mengambil inisiatif menulis, menerbitkan dan memasarkan karya sendiri.

Adalah untung lebih sedikit.

Pesan allahyarham guru, Yusof Gajah.

"Bidang ini adalah sumbangan kita kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Teruslah berkarya, teruslah melukis.

Kita tidak pernah tahu karya kita yang mana yang mungkin menyentuh jiwa seseorang kanak-kanak, yang akan dia ingati sehingga dewasa.

Mudah-mudahan jadi jariah kita sampai ke alam sana".

Yah, tiap kali ketandusan idea dan semangat, pesan inilah yang buat saya bangkit paksa diri siapkan job.

Walaupun saya cuma self-taught artis yang tiada apa-apa kepakaran, saya buat sahaja ikut kemampuan.

Semoga bakat yang Allah kurniakan dapat dimanfaatkan. Dari Allah, untuk Allah.

Semoga karya-karya yang berjaya disiapkan diberkati dan dirahmati Allah.

Walaupun lukisanku tidak seberapa..

Inilah secebis dari kehidupanku yang mampu ku sumbangkan untuk dunia.

Walaupun kini saya telah menceburkan diri dalam bidang haji dan umrah, semoga saya mampu untuk terus menjadi ilustrator buku kanak-kanak.

Al Fatihah buat guru.

Yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan umrah, visa, tiket, hotel dan sebagainya, boleh hubungi saya.

www.wasap.my/+60168449792/MutawwifahMaisarah

Homeopati

Mula-mula belajar dulu, Allahyarham Dr (H) Muharsafa Kirana, guru homeopati saya kata, siapa pengamal homeo akan awet muda.

Selepas 10 tahun, ya saya mula percaya ☺️

OK, First Aid Kit 30 ni wajib ada dalam setiap rumah.

Once you try homeopathy, your home would be incomplete without it.

Kit 30 penawar ni sangat berbaloi, kalau b3li single remedy satu-satu, kosnya jadi berlipat kali ganda mahal.

Penawar tak ada expiry date, dengan pengendalian yang betul, boleh bertahan sehingga 200 tahun.

Saya sentiasa bawa ke mana-mana, termasuk ke tanah suci.

Kalau tak pandai guna, saya boleh bimbing.

Bila perlu, boleh hubungi untuk tanya nak ambil remedy mana satu.

Saya tak jual kit ni, bantu war-warkan sahaja.

Saya bukan along, boleh ja tolong-tolong.

www.wasap.my/+60168449792/homeopathykit30

Doakan Guru untuk Keberkatan Ilmu

Golden hour di Sekolah Alam, Zarraz Eco Valley, Hulu Langat.

Bertemu dengan guru yang dikasihi Dr (H) Suraya Ariffin.

Semoga guru-guruku sentiasa dalam rahmat Allah.

Segala Puji Hanya Bagi Allah

Segala puji hanya bagi Allah.

Tuhan semesta alam.

Alhamdulillah kami telah tiba di Mekah al Mukarammah.

Selesai mengerjakan umrah wajib.

Bumi Mekah, tanah yang Allah janjikan barokah.

Andai tidak kita dapati ketenangan, keselamatan, keamanan di mana kita berada...

Datanglah ke Mekah..

Kita akan menemuinya di sini.

Itu janji Allah.

Bagi yang memerlukan khidmat mutawwifah, visa umrah/tourist/bisnes, flight, hotel, sabil, babysitting (untuk jemaah umrah), boleh hubungi

 www.wasap.my/+60168449792/MutawwifahMaisarah

Untuk senarai penuh servis yang saya lakukan di Mekah, boleh klik sini



Jangan Putus Asa, Terus Perbaiki Diri



Yes, there were times, I'm sure you knew

When I bit off more than I could chew

But through it all, when there was doubt

I ate it up and spit it out

I faced it all, and I stood tall

And did it my way.

================

We are on our personal track.

Don't compare yourself to others.

Or be jealous of the blessings Allah has granted them.

Alhamdulillah we are on our best route.

Focus on gratitude.

Focus on our own journey.

From Allah to Allah.

=================

Menyiapkan cover Cupi Boleh Terbang di Nandos KLIA 2 sebelum masuk ke balai berlepas.

It might not be the best work,

But it is the best I can do.

Itulah yang Allah izinkan.

Buku ini saya lukis sambil-sambil buat persiapan haji di Mekah.

It will forever be meaningful in my memories.

Alhamdulillah.

Akhirnya, ilustrasi sampai ke tangan editor.

Kembalikan kepada Allah


Masalah boleh hadir dalam macam-macam bentuk.

Nikmat juga boleh hadir dalam macam-macam rupa.
Semuanya hanya ujian daripada Allah yang Maha Penyayang.
Walau kadang terdetik rasa ingin gelabah, bimbang, takut dan risau,
bila kembalikan semuanya kepada Allah, alhamdulillah gelora jadi reda.
Apa-apapun jalan yang kita pilih, pasti akan ada ujian.
Jalan ini perlukan sabar.
Jalan itupun perlukan sabar.
Hendak marah dengan orang yang kenakan kita, dia juga makhluk Allah.
Dia pun bergerak atas trek yang Allah buatkan untuknya.
Ya Allah janganlah ada benci di hati kami.
Kami percaya kepada-Mu ya Allah.
La hawla wala quwwata ila billah.
Ya Allah, jadikan kami orang yang sentiasa tenang, sabar, solat dan terus tumbuh dalam kasih-sayang.
Maafkan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami.
Jauhkan kami dari menzalimi orang lain dalam proses untuk survive daripada ujianmu.
Jadikan kami orang yang sentiasa dalam kebaikan dan sentiasa berbuat kebaikan.
Berikanlah kesudahan yang baik dalam setiap urusan kami.

Pilih Lingkungan yang Mengingatkan Kita kepada Allah

 


If you hang out with 5 confident people,
you'll be the sixth.
If you hang out with 5 religious people,
you'll be the sixth.
If you hang out with 5 intelligent people,
you'll be the sixth.
If you hang out with 5 idiots
you'll be the sixth.
Your circle is everything.
Who you surround yourself with, define who you are.
Choose your circle wisely.

Hijrah, Walaupun Meninggalkan Apa yang Kita Suka


Terkenang Malaysia.

Terkenang pokok rambutan tepi rumah..
Begitulah..
Bila Allah gerakkan hati kita untuk hijrah..
Kita hijrah.
Kerana hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, Islam pun berkembang dan sampai Islam kepada kita hari ini.

Malaikat Kecil di MasjidilHaram

 


Ada orang tenung

Sedekah Makanan di Mekah

Tamees dan gulaba adalah salah satu makanan ruji masyarakat di sini. Biasanya pagi dan petang akan ramai pelanggan berbaris di kedai-kedai tamees untuk mendapatkan sarapan atau makan malam, terutama sekali golongan pekerja bawahan.

Harga tamees murah sahaja, hanya 1 atau 2 riyal. Nak tambah apa-apa seperti gulaba (kacang pool), kibdeh, minyak sapi, laban dan lain-lain adalah pilihan.

Selain nasi, kadang-kadang saya buat juga set tamees berserta gulaba dan laban sebagai sabil (sedekah makanan). Orang-orang sini sangat suka bila kita edar tamees atau laban (yogurt).

Yang ingin sedekah set tamees boleh tekan sini.

www.wasap.my/+60168449792/sabiltamees

RM20/set (2 keping tamees, 1 pek gulaba bekas besar + laban), boleh makan untuk sebuah keluarga 3-6 orang.

Allah, Sebaik-baik Tempat Kembali


Hati yang koyak rabak,

siapakah yang akan menampal dan merawatnya?

ALLAH.

Allah, sebaik-baik tempat kembali...

Menangis dan bersujud pada-Nya..

Dia mengerti lebih dari kita mengenal diri sendiri.

Labbaika Allahumma labbaik...

Aku datang Ya Allah, hamba-Mu ini datang...

Masak-masak di Mekah


Syukur alhamdulillah Ya Allah.

Ketika aku sudah lupa yang aku pernah suka memasak,

Engkau hantarkan kepadaku orang-orang yang suka makan 😁🤭

Bimbingan Umrah untuk Jemaah Transit


Bismillahirahmanirahim.

Ready untuk membimbing tetamu Allah yang pertama kali buat umrah. Jumpa mereka di hotel, buat sedikit briefing, kemudian sama-sama bertalbiah menuju ke haram.

Jemaah transit 1 hari sahaja di Jeddah, jadi mereka masuk ke Mekah untuk buat umrah.

Semoga dipermudahkan semuanya dan mendapat umrah yang mabrur.


Percaya


Percayalah bahawa Allah sentiasa mengabulkan semua doa kita, mengikut kebijaksanaan-Nya.

Trust Allah. Percaya pada Allah.

يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَا تُعْلِنُوْنَۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ ۢبِذَاتِ الصُّدُوْرِ

Terjemahan:

Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati.

At Taghabun Ayat 4

Senarai Khidmat di Bumi Haramain

Ziarah dalam Masjidilharam


Khidmat sambilan di Mekah al Mukarammah

Melannie Khairunnisa Maisarah
Freelance mutawwifah bermukim di Mekah.
Umrah
🌺 Ziarah
🌺 Badal Umrah
🌺 Transportation Mekah/Madinah
🌺 Visa Umrah / Visa tourist/ Visa Business
🌺 Khidmat Bekam Klinikal
🌺 Homeopathy
🌺 Khidmat babysitting untuk memudahkan urusan ibadah tetamu Allah
🌺 Sabil, wakaf dan infak di tanah suci
🌺 Akikah, korban, bayar dam
🌺 Air zamzam
🌺 Kurma Ajwa Aliyyah
🌺 Catering / tempahan makanan di Mekah
🌺 Kursus umrah private
Sebarang pertanyaan sila hubungi


Ziarah dalam Masjidilharam

Bimbingan Umrah


Biodata Penulis

 


Nama penuh:

1. Melannie Clarice binti Mujip

mcmujip@gmail.com


2. Pendidikan.

Sarjana Muda Bioteknologi, UMS


3. Pengalaman kerja.

- Mutawwifah secara freelance bermukim di Mekah, 3 Jan 2024 sehingga sekarang.

- Menjalankan pentadbiran syarikat kontraktor, pembekalan dan latihan 2002 - 2023.

- berkhidmat secara freelance sebagai terapis bekam klinikal, terapis tusuk jari (akupresur) & pengamal homeopati 2014 sehingga sekarang

- Children Book Illustrator secara freelance 2011 - sekarang, baru ada 3 buku. Nyam Nyam Nyit, Bermain Upih Pinang, Misi Menyelamatkan Nami dan terkini sedanf menyiapkan Cupi Boleh Terbang.


4. Pengalaman bisnes.

- berniaga sendiri, menguruskan syarikat bersama suami 2002 - 2023. Memasak dan menjual minuman herba, herba-herba kering, mengambil tempahan melukis dan ukiran stamp (kraftangan) secara sambilan.


5. Minat, kemahiran, kepakaran.

- Melukis (genre lukisan naive), bekam klinikal profesional, akupresur, kini berminat mendalami sirah sambil berkhidmat sebagai mutawwifah di tanah suci.


6. Buku, genre yang suka dibaca.

- non fiksyen, sirah, keagamaan, dan buku kanak-kanak, sebagai rujukan


7. Nyatakan blog, web jika ada.

- tiada, tinggal akaun Facebook atas nama Melannie Khairunnisa


8. Nyatakan 3 tajuk blog yang mahu ditulis.

Belum ada idea

Tawakal

Setiap kali kita kehilangan sesuatu, yakinlah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap satu pintu yang tertutup, adalah a...