Friday, 6 September 2024

Ziarah, Umrah dan Bekam

 


Jadual mulai terisi.

Pagi, menyambut pelawaan murabbi Ustaz Abdullaah Feisal untuk menyertai beliau menyantuni jemaah-jemaah Shafie Travel dari Singapore. Tujuannya adalah supaya anak-anak murid boleh belajar. 

Ziarah dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kata murabbi, satu ketika dulu dia juga bermula dari bawah, sehinggalah kini mampu menyampaikan sirah dalam bahasa Inggeris dengan baik. Kata-kata murabbi membangkitkan semangat dalam diri, agar tidak merasa down dengan kelemahan dan kekurangan diri. Kata pepatah, belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. 

Selepas ziarah Manasik Haji ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina, bas terus menuju ke Ji'ranah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah sunat, boleh bermiqat di sana. Saya juga mengambil kesempatan untuk bermiqat, agar dapat mengikuti rombongan umrah yang dipimpin oleh murabbi selepas Zuhur.

Selesai tawaf, sebuah keluarga meminta agar ada mutawwif yang boleh temankan mereka laksanakan saie dengan kereta buggy. Setelah diizinkan guru, saya bersama-sama keluarga tersebut pun menaiki lif ke tingkat 6, untuk mengerjakan saie. 

Usai mengerjakan umrah sunat, saya bergegas kembali ke penginapan. Mandi, tukar pakaian, dan bersiap untuk khidmat bekam pula. Pelanggan kali ini adalah repeat customer, orang Arab. 

Jam 11 malam baru selesai tugas. Alhamdulillah. Penat, namun hati senang merasa bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Tawakal

Setiap kali kita kehilangan sesuatu, yakinlah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap satu pintu yang tertutup, adalah a...