Monday, 9 September 2024

Tawakal


Setiap kali kita kehilangan sesuatu, yakinlah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Setiap satu pintu yang tertutup, adalah asbab ada pintu lain akan terbuka.

Setiap kali satu jalan tersekat, percayalah, ia hanyalah sesuatu yang biasa dalam sesebuah perjalanan.

Kadang-kadang Allah bukakan sekatan, kadang-kadang Allah lencongkan kita ke destinasi berbeza.

Kita ini hanya layang-layang. Allah yang pegang talinya.

Susah, mahupun senang, Ya Allah, jadikanlah agar aku semakin dekat pada-Mu. Redhokan aku ya Allah.

Tukarkan air mata ku, menjadi air mata yang mengalir kerana-Mu. Ke mana pun Engkau hantar aku, aku ikut.

============================

"Siapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allahlah yang menuntaskan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah membuat ketentuan bagi setiap sesuatu".

Surah At Talaq Ayat 3

============================

Gambar : 3 Januari 2024, hari di mana aku melangkah meninggalkan semuanya di tanah air, untuk mencari ilmu, mencari diri, mencari Dia.

Audit Diri



Where do you see yourself, 5 years from now?

Anda pasti pernah ditanya soalan ini kan? Terutama yang pernah menghadiri sesi temuduga untuk memohon pekerjaan.

Apabila soalan ini diajukan kepada anda, anda sebenarnya sedang dinilai.

Pihak yang bertanya akan mendapat banyak maklumat tentang keperibadian seseorang, waima cara berfikir, potensi dan banyak lagi.

Saya sangat bersyukur kerana Allah hadirkan soalan itu ketika ia amat diperlukan pada fasa kehidupan saya ketika ini.

Terima kasih Allah kerana sentiasa menghadirkan petunjuk.

Saturday, 7 September 2024

Mencari Ilmu, Mencari Diri, Mengenal Tuhan


Ada 3 kursus yang saya ikuti ketika ini.

1. Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)  -online selama 3 bulan (27 Julai - 11 Oktober 2024. Akan ada peperiksaan bertulis untuk tujuan pentauliahan.

2. Kem Mutawwif Integrasi Haramain 2.0 di Mekah dan Madinah (9  - 20 September 2024). Akan ada majlis konvokesyen bagi mutawwif/mutawwifah yang berjaya mengikuti kem mutawwif dengan sempurna.

3. Kursus Asas Penulisan (5 - 15 September 2024). Masih dalam bimbingan.

Sambil2 tu saya bekerja sebagai mutawwifah dan terapis akupresur/bekam secara sambilan untuk menampung kehidupan di Mekah. 

Sejak sampai mekah pada 19 Ogos 2024 lepas, kami tidak ada tempat tinggal tetap. Rumah yang disewa ada masalah letrik dan air. Sementara tuan rumah menguruskan hal-hal berkaitan, kami berkongsi untuk menyewa bilik hotel dengan 4 katil. 

Dalam masa sebulan, kami telah berpindah 3 kali. Kali pertama, kami tumpang kediaman tuan rumah beberapa hari. Kemudian berpindah ke Osturat Emaar Hotel, Mahbas Jin. Sekarang, kami menginap di Luluat Al Mashaer, Kakkiyah.

Susah senang hidup di perantauan, tidak terbandingkan dengan betapa besarnya rahmat yang Allah beri. Peluang berada di kota yang penuh barokah ini. Tiada siapa akan berada di tanah suci, jika bukan dengan panggilan Allah. 

Alhamdulillah.

Segala puji hanya milik Allah.

Friday, 6 September 2024

Ziarah, Umrah dan Bekam

 


Jadual mulai terisi.

Pagi, menyambut pelawaan murabbi Ustaz Abdullaah Feisal untuk menyertai beliau menyantuni jemaah-jemaah Shafie Travel dari Singapore. Tujuannya adalah supaya anak-anak murid boleh belajar. 

Ziarah dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kata murabbi, satu ketika dulu dia juga bermula dari bawah, sehinggalah kini mampu menyampaikan sirah dalam bahasa Inggeris dengan baik. Kata-kata murabbi membangkitkan semangat dalam diri, agar tidak merasa down dengan kelemahan dan kekurangan diri. Kata pepatah, belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. 

Selepas ziarah Manasik Haji ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina, bas terus menuju ke Ji'ranah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah sunat, boleh bermiqat di sana. Saya juga mengambil kesempatan untuk bermiqat, agar dapat mengikuti rombongan umrah yang dipimpin oleh murabbi selepas Zuhur.

Selesai tawaf, sebuah keluarga meminta agar ada mutawwif yang boleh temankan mereka laksanakan saie dengan kereta buggy. Setelah diizinkan guru, saya bersama-sama keluarga tersebut pun menaiki lif ke tingkat 6, untuk mengerjakan saie. 

Usai mengerjakan umrah sunat, saya bergegas kembali ke penginapan. Mandi, tukar pakaian, dan bersiap untuk khidmat bekam pula. Pelanggan kali ini adalah repeat customer, orang Arab. 

Jam 11 malam baru selesai tugas. Alhamdulillah. Penat, namun hati senang merasa bermanfaat.

Guru yang Baik, Mengingatkan Kita kepada Tuhan

Ada pelukis yang hebat-hebat, mereka mampu lukis ilustrasi yang hebat lagi cantik.

Namun mereka tidak memilih bidang ilustrasi buku kanak-kanak.

Bidang ini kerjanya leceh.

Prosesnya lama, bayarannya tipis dan ambil masa lama pula untuk diperolehi.

Ia sangat tidak memadai untuk "make ends meet".

Royalti 10% - 14%, berkongsi 50-50 dengan penulis.

Melainkan seseorang artis mengambil inisiatif menulis, menerbitkan dan memasarkan karya sendiri.

Adalah untung lebih sedikit.

Pesan allahyarham guru, Yusof Gajah.

"Bidang ini adalah sumbangan kita kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Teruslah berkarya, teruslah melukis.

Kita tidak pernah tahu karya kita yang mana yang mungkin menyentuh jiwa seseorang kanak-kanak, yang akan dia ingati sehingga dewasa.

Mudah-mudahan jadi jariah kita sampai ke alam sana".

Yah, tiap kali ketandusan idea dan semangat, pesan inilah yang buat saya bangkit paksa diri siapkan job.

Walaupun saya cuma self-taught artis yang tiada apa-apa kepakaran, saya buat sahaja ikut kemampuan.

Semoga bakat yang Allah kurniakan dapat dimanfaatkan. Dari Allah, untuk Allah.

Semoga karya-karya yang berjaya disiapkan diberkati dan dirahmati Allah.

Walaupun lukisanku tidak seberapa..

Inilah secebis dari kehidupanku yang mampu ku sumbangkan untuk dunia.

Walaupun kini saya telah menceburkan diri dalam bidang haji dan umrah, semoga saya mampu untuk terus menjadi ilustrator buku kanak-kanak.

Al Fatihah buat guru.

Yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan umrah, visa, tiket, hotel dan sebagainya, boleh hubungi saya.

www.wasap.my/+60168449792/MutawwifahMaisarah

Homeopati

Mula-mula belajar dulu, Allahyarham Dr (H) Muharsafa Kirana, guru homeopati saya kata, siapa pengamal homeo akan awet muda.

Selepas 10 tahun, ya saya mula percaya ☺️

OK, First Aid Kit 30 ni wajib ada dalam setiap rumah.

Once you try homeopathy, your home would be incomplete without it.

Kit 30 penawar ni sangat berbaloi, kalau b3li single remedy satu-satu, kosnya jadi berlipat kali ganda mahal.

Penawar tak ada expiry date, dengan pengendalian yang betul, boleh bertahan sehingga 200 tahun.

Saya sentiasa bawa ke mana-mana, termasuk ke tanah suci.

Kalau tak pandai guna, saya boleh bimbing.

Bila perlu, boleh hubungi untuk tanya nak ambil remedy mana satu.

Saya tak jual kit ni, bantu war-warkan sahaja.

Saya bukan along, boleh ja tolong-tolong.

www.wasap.my/+60168449792/homeopathykit30

Doakan Guru untuk Keberkatan Ilmu

Golden hour di Sekolah Alam, Zarraz Eco Valley, Hulu Langat.

Bertemu dengan guru yang dikasihi Dr (H) Suraya Ariffin.

Semoga guru-guruku sentiasa dalam rahmat Allah.

Tawakal

Setiap kali kita kehilangan sesuatu, yakinlah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap satu pintu yang tertutup, adalah a...