Tamees dan gulaba adalah salah satu makanan ruji masyarakat di sini. Biasanya pagi dan petang akan ramai pelanggan berbaris di kedai-kedai tamees untuk mendapatkan sarapan atau makan malam, terutama sekali golongan pekerja bawahan.
Harga tamees murah sahaja, hanya 1 atau 2 riyal. Nak tambah apa-apa seperti gulaba (kacang pool), kibdeh, minyak sapi, laban dan lain-lain adalah pilihan.
Selain nasi, kadang-kadang saya buat juga set tamees berserta gulaba dan laban sebagai sabil (sedekah makanan). Orang-orang sini sangat suka bila kita edar tamees atau laban (yogurt).
Yang ingin sedekah set tamees boleh tekan sini.
www.wasap.my/+60168449792/sabiltamees
RM20/set (2 keping tamees, 1 pek gulaba bekas besar + laban), boleh makan untuk sebuah keluarga 3-6 orang.

No comments:
Post a Comment