Ada 3 kursus yang saya ikuti ketika ini.
1. Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) -online selama 3 bulan (27 Julai - 11 Oktober 2024. Akan ada peperiksaan bertulis untuk tujuan pentauliahan.
2. Kem Mutawwif Integrasi Haramain 2.0 di Mekah dan Madinah (9 - 20 September 2024). Akan ada majlis konvokesyen bagi mutawwif/mutawwifah yang berjaya mengikuti kem mutawwif dengan sempurna.
3. Kursus Asas Penulisan (5 - 15 September 2024). Masih dalam bimbingan.
Sambil2 tu saya bekerja sebagai mutawwifah dan terapis akupresur/bekam secara sambilan untuk menampung kehidupan di Mekah.
Sejak sampai mekah pada 19 Ogos 2024 lepas, kami tidak ada tempat tinggal tetap. Rumah yang disewa ada masalah letrik dan air. Sementara tuan rumah menguruskan hal-hal berkaitan, kami berkongsi untuk menyewa bilik hotel dengan 4 katil.
Dalam masa sebulan, kami telah berpindah 3 kali. Kali pertama, kami tumpang kediaman tuan rumah beberapa hari. Kemudian berpindah ke Osturat Emaar Hotel, Mahbas Jin. Sekarang, kami menginap di Luluat Al Mashaer, Kakkiyah.
Susah senang hidup di perantauan, tidak terbandingkan dengan betapa besarnya rahmat yang Allah beri. Peluang berada di kota yang penuh barokah ini. Tiada siapa akan berada di tanah suci, jika bukan dengan panggilan Allah.
Alhamdulillah.
Segala puji hanya milik Allah.

No comments:
Post a Comment